Menu:

Picture

WAWASAN

Mewujudkan usahawan bumiputera yang berwawasan tinggi dan berpotensi untuk menjadi entiti yang lebih besar, berdaya saing, berdaya maju, berdaya tahan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

MATLAMAT

Memperkukuh dan memperkasakan perniagaan dan usahawan bumiputera serta membangunkan pengusaha baru yang tulen dalam menghasilkan pengeluaran dan perkhidmatan yang setanding dalam kategorinya.

PERANAN

Gabungan ini akan mewujudkan satu entiti baru yang berperanan sebagai:

  • Menyelaras dan bertanggungjawab dalam pembangunan keusahawanan dan perniagaan melalui penyaluran maklumat, khidmat nasihat dan bantuan kepakaran mengenai pengurusan perniagaan dan kewangan, pemasaran dan promosi, pengeluaran dan perkhidmatan, teknologi serta pembiayaan dan bantuan yang ditawarkan di pasaran.

  • Penghubung antara pihak industri dengan badan-badan penyumbang ( Pelanggan ).

  • Memadankan keperluan industri dengan sumber ( Pembekal ).

  • Memperluaskan jaringan dan jalinan kerjasama strategik dengan badan-badan sokongan.

  • Pusat Penyampaian dan Dagangan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan.