Menu:

PENUBUHAN MELAKA HALAL HUB SERKAM

             MHH kini mengorak langkah seterusnya dalam mengembangkan empayar perniagaannya di negara ini berkat usaha dan ketabahan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada warga MHH dalam memperjuangkan matlamat syarikat mereka .Sehubungan dengan itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) telah memberi mandat kepada HPA untuk mengendalikan Melaka Halal Hub (MHH) di Serkam. MHH merupakan pusat industri halal pertama di Malaysia. Usahawan-usahawan yang beroperasi di MHH akan beroperasi mengeluarkan produk halal. Jadi, HPA berperanan sebagai 'anchor' baru akan memberi tunjuk ajar, latihan dan bimbingan secara Islamic Manufacturing Practise (IMP) serta peluang pemasaran dan pekerjaan kepada 20 usahawan yang akan bertanggungjawab dari aspek pengeluaran produk halal kepada HPA.Kepercayaan PKNM ke atas pengendalian HPA di MHH ini dinilai dari beberapa aspek kecekapan pengurusan, pengukuhan ekonomi syarikat dan peluang atau potensi perkembangan syarikat pada masa akan datang.Diharap, MHH akan terus maju bersama-sama usahawan-usahawan lain di dalamnya demi kepentingan dan pembangunan insaniah ummah dan keberkatan dalam perniagaan.

PERASMIAN MELAKA HALAL HUB & HPA HALAL MART

            Alhamdulillah. Pada 21 Jun 2010 yang lalu adalah satu detik bersejarah bagi semua pengedar-pengedar HPA. Halal Hub Melaka di Serkam yang diterajui oleh HPA Industries Sdn. Bhd (anchor) dan menaungi lebih 150 Industri Kecil & Sederhana (IKS) negeri Melaka telah dirasmikan.

           Perasmian Halal Hub Melaka dan HPA Halal Mart serta logo MHH telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka iaitu YAB Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam. Halal Hub Melaka adalah merupakan Halal Hub Pertama seumpamanya di Malaysia. Seramai 500 tetamu turut hadir dari pelbagai jabatan kerajaan termasuk PJS-PJS dan pengedar HPA seluruh negara.

             Turut hadir ialah Pengarah Urusan HPA, Tn. Hj. Ismail Bin Ahmad, Pengarah Urusan 2 – Tn. Hj. Fisal Ahmad Tajuddin serta GM-GM HPA seperti En. Rosli, En. Abd. Ghani, Pn. Rashidah dan lain-lain.

Pelancaran Produk Melaka HALAL HUB (MHH)

         En. Zainal Abu iaitu Pengarah Eksekutif Perbadanan Kerajaan Negeri Melaka mengucapkan tahniah dan ucapan terima kasih kepada warga HPA yang menyahut seruan kerajaan sama-sama menerajui industri halal negara di mana urusniaga produk halal dunia bernilai USD 3 billion.

           Pelancaran Produk dari Melaka Halal Hub telah dirasmikan pada 29 Mac 2010 oleh YB Datuk Hj Md Yunus bin Husin (Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Melaka).   Turut hadir YB Ir Hj Ismail bin Osman dan YB Datuk Hj Ghazale bin Mohamad (ADUN SERKAM), PU HPA, PU2 HPA, GM, PJS, ahli HPA telah hadir dan terima kasih atas semua pihak yang terlibat.   Melaka Halal Hub (MHH) telah mempunyai logo tersendiri dalam usaha untuk penjenamaan (branding) di pasaran. InsyaAllah HPA akan berusaha semampu mungkin sebagai “anchor”kepada teman-teman usahawan bagi mengetengahkan jenama ini di MIHAS nanti.

HAK CIPTA PERSATUAN VENDOR DAN USAHAWAN IKS MELAKA HALAL HUB