Menu:

AMRAN BIN HAMID

Picture

Amran bin Hamid seorang pesara dan telah berkhidmat selama 25 tahun di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Semasa di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat( PULADA ) ia telah berkhidmat di dalam Cawangan Sel Multimedia selama 13 tahun. Atas dasar pengalaman dan pengetahuan di dalam bidang ICT,ia telah mengolah dan mencorakkan laman WEB PERSATUAN VENDOR DAN USAHAWAN IKS MELAKA HALAL HUB . Ia kini telah bersara dan menjalankan perniagaan Kerepek Ubi Kayu secara kecil-kecilan di kawasan Melaka Halal Hub Serkam. Atas bimbingan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera ( PERHEBAT ) telah dapat menimba ilmu di dalam Bidang Pengurusan Perniagaan pada tahun 2009 selama 6 bulan. Bagi saya ilmu tersebut masih belum cukup mendalam bagi melaksanakan sebuah perniagaan yang berkualiti. Di atas bimbingan dan tunjuk ajar daripada PKPKS Negeri Melaka dan juga sahabat yang bersama-sama berniaga di kawasan Melaka Halal Hub dapat membantu ia mengorak langkah ke dunia perniagaan . Insallah dengan berkat doa ibu dan keluarga saya mensasarkan tempoh 3 tahun sebagai peniaga yang berjaya .